PERKHIDMATAN BADAL HAJI BIMBING UMRAH
Apakah maksud ibadah haji ?
Haji merupakan satu ibadah yang mana ianya diwajibkan ke atas umat Islam yang mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya walaupun seumur hidup. Haji dari sudut syarak bermaksud mengunjungi Baitillahilharam untuk mengerjakan ibadah tertentu pada waktu tertentu dengan rukun dan syarat-syarat tertentu.
Apakah maksud badal haji ?
Badal haji merupakan satu cara yang membolehkan seseorang itu menunaikan Haji di atas nama individu lain yang tidak berkemampuan melakukannya atas alasan-alasan tertentu seperti kesihatan atau kematian
Apakah keadaan yang membenarkan badal haji ?
Terdapat dua keadaan yang membenarkan badal haji dilaksanakan iaitu :
Dilakukan secara sukarela oleh pelaksana; ATAU mengupah pelaksana badal umrah bagi pihak dirinya (individu yang mempunyai keuzuran) ataupun si mati (waris)
Perkara yang membolehkan badal haji
Antara sebab/perkara yang membolehkan badal umrah dilaksanakan oleh wakil/pihak tertentu berdasarkan syarak, adalah :
- Meninggal dunia
- Keuzuran (faktor usia, kecacatan fizikal dan sebagainya)
MENGAPA ANDA PERLU MEMILIH KAMI ?
1. Berpengalaman lebih dari 11 tahun menguruskan badal haji
2. Setiap tempahan kami menggunakan akad upah (Ijazah Zimmah) badal haji
3. Kami beri jaminan badal haji dilakukan dengan telus dan amanah
4. Terima hadiah sijil ukiran kayu eksklusif beserta cenderahati dari kami
APA YANG ANDA PERLU TAHU
✅ Hanya terhad kepada beberapa pelaksana sahaja.
✅ Wang akan direfund semula sekiranya kami dapati ada halangan untuk pelaksana melakukan badal Haji.
✅ Video dan Gambar akan dihantar selepas ibadah haji telah selesai dilakukan. Admin akan berikan update melalui email atau whatsapp (Jika tiada halangan).
✅ Kos upah adalah termasuk kenderaan, makan minum pelaksana dalam tempoh haji, tempat tinggal dan kos yang tidak dijangka seperti bayaran dan melanggar pantang larang dalam ihram haji.
IKRAR PELAKSANA BADAL HAJI
- Mestilah mahir dalam ibadat Haji dan Umrah.
- Mestilah laksanakan Badal Haji untuk seorang nama yang dibadalkan sahaja pada tahun tersebut.
- Melakukan 1 umrah untuk melengkapkan Haji.
- Pelaksana akan melakukan 1 ibadah badal umrah untuk melengkapkan Manasik haji.
- Semasa perlaksanaan Ibadah Haji di Arafah, Muzdalifah dan Mina, ketika tawaf dan saie. Pelaksana mestilah membacakan doa untuk Arwah.
KADAR UPAH HAJI & APA YANG ANDA DAPAT
Harga Upah Haji pada tahun ini adalah RM 5,000
Baca Akad Ijaratul Zimmah di bawah :
"Saya (nama) mengupah syarikat Bimbing Umrah by MHTT untuk bertanggungjawab menghasilkan haji bagi pihak (nama) dengan bayaran upahnya RM 5,000."