PENYERTAAN MENGAJI AWAL PAGI (MAP 4.0)

إِقرَءُوا ٱلقُرآنَ فَإِنَّهُ يَأتِي يَومَ ٱلقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصحَابِهِ
“Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya” (Riwayat Muslim)
Program ini adalah kelangsungan dari Mengaji Hari-hari (MEH). Alhamdulillah ramai yang istiqomah sehingga khatam bersama Famili Mengaji.
Program ini untuk menerapkan dalam diri setiap orang untuk memulakan pagi dengan ayat suci al-Quran. Ini juga membantu anda dari merangkak-rangkak dalam bacaan sehingga boleh lancar bacaan kerana istiqomah dengan program ini..
KUNCINYA ADALAH ISTIQOMAH
أَحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta'ala adalah amalan yang berterusan (istiqamah) walaupun jumlahnya sedikit”
(HR. Bukhari no. 6465 & Muslim no. 783 dari Aisyah RA)
Atas permintaan ramai, Jadi Famili Mengaji berbesar hati untuk menyambung program ini ke fasa 4.0 ekoran ramai yang nak teruskan istiqomah khatam al-Quran untuk kali ke-4, mahupun yang baru pertama kali sertai.
Jom sertai sama-sama sebab TERBUKA UNTUK SEMUA.
Insya-Allah di penghujung Program ini, Apabila sudah tamat/Khatam, kita akan adakan Majlis Khatam Al-Quran di bawah naungan Famili Mengaji dan disediakan sijil Khatam Al-Quran
************************************
Jika ada masalah untuk submit borang boleh klik link di bawah
Setelah selesai mengisi borang. Pastikan anda join link GROUP SUPPORT di akhir borang