WAQAF AL-QURAN DI MASJIDIL HARAM & MASJID-MASJID SEKITARNYA
Alhamdulillah, dengan izin-Nya program SAYYIDINA MUHAMMAD ﷺ KAMI DATANG sekali lagi diadakan bagi menelusuri perjalanan suci ke Kota Suci Mekah dan Madinah.
Al-Hasan al-Basri berkata :
“Puasa sehari di Makkah bersamaan seratus ribu, sedekah sebanyak satu dirham bersamaan dengan seratus ribu. Setiap kebajikan bernilai seratus ribu. Sesungguhnya disunatkan untuk memperbanyakkan solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran dan semua jenis ketaatan yang dia mampu untuk lakukan”
(Lihat al-Taudhih Syarh al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-’Umrah, hlm. 465)
InsyaAllah, istimewa untuk anda semua, kami menyediakan beberapa program khas untuk anda bersama meninggalkan kebaikan di Tanah Suci Mekah dan Madinah, dan antaranya:
- Kiriman Hajat/Doa
- Wakaf Al-Quran
- Infaq Sabil
Jom kita sama-sama menanam benih amalan yang akan terus tumbuh mekar dan subur di akhirat kelak. Semoga setiap langkah kita meneladani sifat pemurah Rasulullah SAW, menjadi asbab kita peroleh pahala berpanjangan demi Syurga yang diidamkan. InsyaAllah.






Penyumbang Waqaf boleh menempah lebih dari 1 naskah.
Sebaiknya NIATKAN 1 NAMA untuk Setiap Naskah Al-Quran.
Sebarang pertanyaan, boleh klik link di bawah